COVID-19: Jangkitan baharu turun bawah 18,000 kes

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Angka jangkitan kes COVID-19 di negara ini terus menunjukkan penurunan dengan 17,672 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 1,572,765 kes.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, bagaimanapun berkata semua negeri mencatatkan pertambahan kes dengan Selangor melaporkan kes di bawah 5,000 iaitu 4,316 kes.

Selain itu, katanya, negeri lain yang mencatatkan kes ialah Sabah sebanyak 2,474 kes, Kedah (1,602), Sarawak (1,538), Pulau Pinang (1,451), Johor (1,367) dan Kelantan (1,176).

-Advertisement-

“Selain itu, Perak sebanyak 952 kes, Kuala Lumpur (891), Pahang (506), Negeri Sembilan (478), Terengganu (470), Melaka (363), Perlis (57), Putrajaya (24) dan Labuan (tujuh),” katanya menerusi Facebook hari ini.

-BH