COVID-19: Lebih 24.5 juta vaksin diberikan setakat semalam

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Sebanyak 24,542,437 dos vaksin COVID-19 diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

-Advertisement-

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya, memaklumkan daripada jumlah itu seramai 15,772,101 orang menerima suntikan dos pertama, manakala 8,770,336 lagi menerima dos kedua.

“Mengikut peratusan, sebanyak 48.3 peratus daripada populasi negara mendapat dos pertama, manakala 26.9 peratus melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 389,641 dos diberikan semalam dengan 156,816 adalah pemberian dos pertama, manakala 232,825 lagi dos kedua.

-Advertisement-

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

– BERNAMA – BH