COVID-19: Tiada kematian hari ini, 94 kes baharu

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Jumlah pesakit baharu COVID-19 yang dicatatkan hari ini ialah 94, menjadikan jumlah kumulatif kes individu yang dijangkiti wabak berkenaan kepada 5,945 kes.

-Advertisement-

Tiada kes kematian dicatatkan hari ini tetapi jumlah pesakit pulih dan dibenarkan pulang adalah 55, lebih rendah daripada kes baharu, 94.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada keseluruhan kes baharu berkenaan, 72 adalah kes import membabitkan warganegara dan pelajar Malaysia yang baru pulang dari Indonesia dan 21 kes lagi dari penularan tempatan.

Hingga kini seramai 40 individu sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 18 kes memerlukan bantuan pernafasan.

-Advertisement-

“KKM ingin memaklumkan sebanyak 55 kes sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang, ia menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 4,087 kes.

“Daripada maklumat yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) KKM, dimaklumkan tiada pertambahan kes kematian dan jumlah kumulatif kes kekal sebanyak 100,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373