WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (30066) ORDER BY meta_id ASC

COVID-19: Wuhan tutup beberapa perniagaan, pengangkutan awam » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

COVID-19: Wuhan tutup beberapa perniagaan, pengangkutan awam

Estimate Reading Time: < 1 minute

BEIJING: Pihak berkuasa di Wuhan menutup sementara beberapa perniagaan dan pengangkutan awam di daerah dengan hampir sejuta penduduk itu hari ini, ketika bandar tempat wabak berkenaan mula muncul meningkatkan kewaspadaan selepas berlaku beberapa kes jangkitan baharu COVID-19.

-Advertisement-

China, yang mengenakan peraturan ketat sifar COVID-19 bergantung kepada ujian besar-besaran, sekatan pantas terhadap aktiviti perniagaan dan pergerakan orang ramai serta kuarantin ketat kes bagi menyekat kluster yang baru muncul daripada menular dengan lebih meluas.

Strategi itu membantu Wuhan dan kawasan lain di negara ini untuk mengawal jumlah kes, tetapi sekatan yang ketat ketika wabak besar dan kebimbangan kemungkinan sekatan berulang apabila kes baharu dilaporkan menjejaskan ekonomi.

Pihak berkuasa Wuhan, berkata daerah Jiangxia dengan lebih 900,000 penduduk perlu dikenakan sekatan selama tiga hari mulai hari ini dengan banyak acara kumpulan yang besar dan makan di restoran tidak dibenarkan.

“Selain itu, tempat hiburan awam, pasar produk pertanian dan klinik kecil termasuk perkhidmatan kereta api bawah tanah akan ditutup.

-Advertisement-

“Penduduk diminta supaya tidak meninggalkan kawasan masing-masing dalam tempoh tiga hari dan menggalakkan pelancong mengelak memasuki daerah ini,” katanya.

Arahan itu dibuat dengan pantas selepas pihak berkuasa Jiangxia berkata, mereka mengesan dua kes ketika melakukan ujian COVID-19 dan dua lagi daripada saringan individu yang bersentuhan rapat dengan jangkitan

– REUTERS – BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC