Dr. Tun Maizura Bersara Selepas 21 Tahun Berkhidmat

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR 19 Ogos 2026 (The Capital Post) – Pusat Darah Negara (PDN) merakamkan penghargaan kepada Dr. Tun Maizura, Timbalan Pengarah 1, bersempena persaraan beliau selepas 21 tahun menabur khidmat dan bakti di institusi berkenaan.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau dikenang atas dedikasi, komitmen serta sumbangan yang diberikan dalam melaksanakan tanggungjawab, selain menjadi antara warga kerja yang banyak mencorakkan perjalanan PDN.

Lebih bermakna, Dr. Tun bukan sahaja berkhidmat di PDN, malah turut menyumbang sebagai penderma darah. Sumbangan tersebut mencerminkan komitmen beliau terhadap usaha membantu menyelamatkan nyawa serta memperkukuh budaya pendermaan darah dalam kalangan masyarakat.

Persaraan beliau turut menjadi ruang buat warga PDN mengenang pelbagai jasa, tunjuk ajar dan kenangan yang dikongsi sepanjang lebih dua dekad perkhidmatan. Segala sumbangan yang dicurahkan diharapkan terus menjadi inspirasi kepada warga kerja yang masih meneruskan perjuangan dalam perkhidmatan.

-Advertisement-

PDN turut mendoakan agar fasa kehidupan baharu yang bakal ditempuhi Dr. Tun dipenuhi kebahagiaan, kesihatan yang baik, ketenangan serta masa berkualiti bersama keluarga dan insan tersayang.

Selamat bersara diucapkan kepada Dr. Tun Maizura. Segala jasa dan bakti yang dicurahkan sepanjang 21 tahun perkhidmatan akan terus dikenang oleh seluruh warga Pusat Darah Negara. – The Capital Post