Dua syarikat Prudential di Malaysia sahkan terkesan insiden kecurian data

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Prudential Assurance Malaysia Bhd (PAMB) dan Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) mengesahkan yang mereka telah telah terkesan secara global melalui serangan kecurian data dan penyalahgunaan ‘zero-day vulnerability’ pada perisian MOVEit.

-Advertisement-

Kedua-dua syarikat insurans itu berkata, sebaik sahaja menyedari tentang insiden terbabit, mereka telah mengambil tindakan segera untuk mengasingkan ‘pelayan’ (server) yang terjejas sementara pasukan tindak balas insiden melancarkan siasatan dan pemantauan yang menyeluruh serta memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

“Terdapat kemungkinan besar bahawa antara data peribadi ejen dan pelanggan yang terjejas adalah membabit nama, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan/atau sebahagian maklumat kad kredit yang mengurangkan risiko transaksi tanpa kebenaran.

“Siasatan masih giat dijalankan. Sebagai makluman, kami sedang berusaha untuk mengesahkan perkara ini secepat mungkin,” kata kedua-dua syarikat itu dalam satu kenyataan bersama.

PAMB dan PruBSN berkata mereka ‘sentiasa menyemak dan mengemas kini sistem keselamatan serta telah bertindak pantas untuk mengawal serangan perisian MOVEit’.

“Kami sedang mengambil langkah segera untuk memaklumkan perkara ini kepada para pelanggan yang terjejas serta pada masa yang sama memberikan sokongan yang sewajarnya. Kami juga telah menyediakan talian hotline khusus dengan masa operasi yang dilanjutkan supaya mudah dihubungi pelanggan yang mahukan maklumat lanjut tentang kejadian itu.

-Advertisement-

Maklumat terkini boleh didapati di www.prudential.com.my atau www.prubsn.com.my.

“Perniagaan kami kekal beroperasi sepenuhnya dan tiada sebarang kesan ke atas operasi pelanggan,” kata kenyataan itu.

-BERNAMA

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373