Empat polis maut dalam serangan pisau di Paris

Estimate Reading Time: < 1 minute

ANKARA- Sekurang-kurangnya empat pegawai polis terbunuh selepas seorang lelaki bersenjatakan pisau menyerang sebuah ibu pejabat polis di Paris, memetik media tempatan pada Khamis, lapor agensi berita Anadolu.

-Advertisement-

Penyerang itu kemudian ditembak mati oleh pegawai polis di tempat kejadian. Datuk Bandar Paris Anne Hidalgo mengesahkan insiden itu menerusi ciapannya.

“Paris berkabung untuk rakyatnya petang ini selepas serangan mengerikan di @prefpolice.

“Ramai menjadi korban, beberapa anggota polis kehilangan nyawa. Saya dan penduduk Paris amat berdukacita dan bersimpati dengan keluarga dan sanak saudara mangsa,” kata Hidalgo.

Presiden Perancis Emmanuel Macron, Perdana Menteri Edouard Philippe dan Menteri Dalam Negeri Christophe Castaner turut melawat lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat terpeinci.

-Advertisement-

Castaner berkata penyerang dikenal pasti sebagai seorang pegawai yang bertugas di ibu pejabat polis yang sama sejak 2003.

Seorang anggota polis turut cedera, katanya. Polis turut menyerbu kediaman suspek dan menahan isterinya.

Pendakwa Paris Remy Heitz berkata siasatan akan dijalankan berhubung kes itu. Sehingga kini sebarang kenyataan rasmi mengenai punca serangan masih belum dikeluarkan.- BERNAMA