WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (35783) ORDER BY meta_id ASC

Ferdinand jadi 'mangsa' Safee » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Ferdinand jadi ‘mangsa’ Safee

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Bisa bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali nampaknya belum pudar dan kali ini, bekas pertahanan yang pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL), Anton Ferdinand menjadi ‘mangsanya’.

-Advertisement-

Safee yang ketika ini beraksi dalam kejohanan The Soccer di Amerika Syarikat mewakili pasukan Far East United dan gerakan solonya menghadiahkan gol ketiga pasukannya ketika berdepan West Ham United.

Menerusi video pendek yang dikongsi di laman Instagramnya dan tular di Twitter, Safee membawa bola secara solo dan gerakannya cuba dihalang Ferdinand yang pernah beraksi bersama pasukan seperti West Ham United, Sunderland dan Queen Park Rangers itu.

-Advertisement-

Dalam situasi satu lawan satu, bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) ‘mengacah’ Ferdinand yang cuba menyekat pergerakannya yang sedang mara bagi mencari gol.

Selepas beberapa pergerakan, Safee berjaya melepasi kawalan Ferdinand dan menjaringkan gol ketiga buat pasukan Far East United dan pasukannya meraih kemenangan 4-2.

Sebagai rekod, Far East United diundi dalam Kumpulan D bersama West Ham United, Culture By Mo Ali FC dan Dallas United.

Kejohanan yang disertai 32 pasukan daripada 8 kumpulan itu berlangsung pada 1 hingga 4 Jun 2023 dengan format tujuh sebelah.

Safee menjadi satu-satunya pemain dari Malaysia yang beraksi dalam pertandingan terbabit.

– Berita Harian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (39383,39372,39368,39365) ORDER BY meta_id ASC