Festival AMK ‘gegar’ Iskandar Puteri lebih 10 jam

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Ibarat berada di lautan manusia. Begitulah sambutan diberi peminat terhadap Festival Muzik Aku Muzik & Kamu (AMK) di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, Johor, baru-baru ini.

-Advertisement-

Menyajikan aksi sembilan kumpulan muzik terkemuka dari Malaysia dan Indonesia, dianggarkan lebih 10,000 peminat muzik menghadiri festival muzik itu yang bermula jam 3 petang, pada 20 Mei lalu.

Berlangsung lebih 10 jam, peminat dilihat tidak berganjak malah leka menyaksikan aksi setiap kumpulan muzik di pentas.

Kumpulan pop rock terkenal, Spider membuka tirai Festival Muzik AMK dengan mempersembahkan lapan lagu dalam tempoh 45 minit.

Terbukti aura Tam sebagai vokalis dan gitaris masih kental ketika mendendangkan lagu membangkit nostalgia seperti Aladin, Laukku Cukup Masin, Nazraku dan Tapi Bagaimana.

Mengambil alih pentas, band anak muda, Insomniacks, membawakan lima lagu iaitu Here Again, Igauan Malam, Reminisensi, Sempurna dan Pulang.

Biarpun dianggotai anak muda, band dibarisi Iqie, Isk, Dan dan Gavin ini dilihat matang serta mampu menjadi antara kumpulan muzik pelapis terbaik negara.

Pentas terus hangat dengan persembahan Akim & The Majistret dengan suara serak basah vokalis, Akim menjadi antara faktor penonton terus leka.

Band popular itu mempersembahkan lapan lagu antaranya Lagu Untuk Laila, Mewangi, Terlalu Mudah, Rampas, Potret, Obses selain lagu saduran iaitu Hakikat Sebuah Cinta nyanyian kumpulan Iklim.

Akim & The Majistret turut membuat kejutan apabila bekas gitaris kumpulan itu, Zimi yang meninggalkan band terbabit kira-kira empat tahun lalu, turut beraksi sama.

Kemeriahan Festival Muzik AMK diteruskan apabila band yang diterbangkan dari Indonesia, D’Masiv muncul di pentas selama sejam.

-Advertisement-

Mengubat rindu peminat, D’Masiv mendendangkan 10 lagu popular antaranya Pergilah Kasih, Kau Yang Tak Pernah Tahu, Rindu Setengah Mati, Jangan Menyerah dan Cinta Ini Membunuhku.

Festival Muzik AMK kemudian bersambung selepas Maghrib dengan kemunculan 6ixth Sense di pentas.

Sudah lama tidak melihat Adi dan anggota band beraksi pada acara terbuka di Johor, peminat semakin menggila dengan aksi 6ixth Sense yang mempersembahkan enam lagu antaranya Tak Bisa Memilihmu, Khatimah Cinta dan Tanpa.

Tidak cukup itu, sebuah lagi band dari Indonesia ditampilkan iaitu Kerispatih dengan membawa bekas vokalisnya, Sammy Simorangkir.

Sammy dan vokalis Kerispatih, Fandy mempersembahkan 12 lagu antaranya Kesalahan Yang Sama, Aku Harus Jujur, Mengenangmu, Tapi Bukan Aku, Bila Rasaku Ini Rasamu serta lagu ‘cover’ popular nyanyian Ruth Sahanaya, Kaulah Segalanya.

-BERITA HARIAN