WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (31207) ORDER BY meta_id ASC

F&N sasar kuasai pasaran halal dunia » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

F&N sasar kuasai pasaran halal dunia

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Fraser and Neave Holdings Bhd (F&N) merancang untuk memanfaatkan produknya bagi meraih bahagian pasaran yang lebih besar sambil mengembangkan kehadirannya terutamanya dalam pasaran halal global.

-Advertisement-

Pengarah Hubungan Kerajaan dan Industri dan Hal Ehwal Halal F&N, Datuk Raffiq Ariff, berkata sebagai contoh, produk sos tiram dan kicap jenama Sri Nona mempunyai prospek baik untuk dipasarkan terutamanya di pasaran yang majoritinya penduduk Islam.

“Kami melihat bahagian bagi pasaran ini masih besar dan kami mahu mengambil peluang untuk merebutnya terutamanya di rantau Asia Barat dan Afrika Utara (MENA).

“Ini sudah pastinya akan meningkatkan kehadiran dan juga meningkatkan kesedaran jenama kami,” katanya kepada Bernama pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia edisi ke-18 (MIHAS 2022).

Ketika ini, katanya F&N mempunyai kehadiran di 88 negara termasuk sebuah pejabat di Dubai.

Sementara itu, Raffiq berkata, kumpulan sedang di peringkat akhir proses membeli ladang tenusu seluas 2,800 hektar.

Beliau berkata, sebaik sahaja janji niaga itu dimuktamadkan, ladang itu akan membolehkan kumpulan beroperasi dengan lebih mampan di samping mengekalkan harga produk yang rendah bagi pengguna.

“Memandangkan separuh daripada produk kami adalah daripada tenusu, adalah wajar untuk kami meneroka perniagaan ini. Sekarang ini, kami mengimport kebanyakan daripada bahan ramuan kami…ia mahal dan kami mengalami kerugian dari segi pertukaran asing,” katanya.

Menurutnya, ladang yang besar juga membolehkan kumpulan mengeluarkan makanan haiwan sendiri seperti makanan untuk lembu yang seterusnya mengurangkan lebih banyak kos import.

-Advertisement-

Awal tahun ini, dilaporkan bahawa F&N membeli sebuah ladang tenusu besar di Gemas, Negeri Sembilan, membabitkan pelaburan berjumlah RM2 bilion.

Selain itu, beliau berkata F&N masih merancang untuk melakukan lebih banyak pengambilalihan terutamanya dalam segmen berasaskan makanan susulan pengambilalihan Sri Nona, Cocoaland dan pembelian ladang tenusu.

Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai pelan pengambilalihan pada masa depan.

Sementara itu, Raffiq berkata kumpulan melihat MIHAS sebagai platform bereputasi bagi syarikat Malaysia untuk mempamerkan produk halal terbaik mereka kepada dunia.

“Pasaran halal sangat penting kepada kami dan ia pada asasnya merupakan tonggak pertumbuhan kami. Sebagai syarikat berlandaskan syariah, kami melihat segmen makanan dan minuman halal bakal berkembang pesat pada tahun-tahun akan datang memandangkan pertambahan populasi penduduk Islam,” katanya.

Beliau berkata, melihat daripada kedatangan pengunjung di MIHAS 2022, ia sangat memberangsangkan memandangkan Malaysia masih dalam fasa pemulihan daripada pandemik COVID-19.

“Kami sentiasa berharap dapat menghadiri edisi seterusnya MIHAS kerana ia juga salah satu daripada produk penting Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dalam mempromosikan jenama Malaysia ke persada dunia,” katanya.

-BERNAMA -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC