WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (496) ORDER BY meta_id ASC

Gajah pygmy dibunuh kejam, 70 peluru dalam badan » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Gajah pygmy dibunuh kejam, 70 peluru dalam badan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah menyifatkan kematian gajah pygmy di Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan, Tawau, Khamis lalu, sebagai satu pembunuhan kejam apabila hasil bedah siasat mendapati kira-kira 70 peluru dalam badan haiwan itu.

Pengarah JHL Sabah, Augustine Tuuga, berkata banyak peluru ditemui dalam badan gajah betina itu, sekali gus memberi bayangan keadaan gajah itu bertarung menahan kesakitan akibat terkena tembakan senjata api.

“Banyak peluru ada di badan gajah itu dan kita boleh bayangkan keadaan gajah waktu kena tembak…dalam keadaan kesakitan tetapi mungkin tidak mati dan mungkin sebab itu banyak tembakan dibuat (pemburu haram),” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Augustine tidak mahu mengulas lanjut perkara itu kerana dikhuatiri akan mengganggu siasatan yang masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian gajah, sekali gus mengumpul bukti kukuh untuk membolehkan pelaku dihadapkan ke mahkamah.

“Kami berharap akan dapat menangkap orang yang membunuh gajah itu dan menyerahkannya kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman,” katanya sambil menambah siasatan kes itu tidak mempunyai tempoh masa tetapi perlu dibuat dalam masa sebulan mengikut prosedur operasi standard jabatan.

Augustine berkata, jabatannya akan terus berusaha mendekati dan bekerjasama dengan masyarakat setempat bagi memastikan perkara sama tidak berulang selain meminta mereka membantu mencegah aktiviti pemburuan haram serta menjadi saksi sekiranya mengetahui atau melihat ada pihak melakukan aktiviti itu.

Pada Khamis lalu, sekumpulan pemancing menemui bangkai gajah pygmy di Sungai Udin, Dumpas di Kalabakan, dekat Tawau, dan dipercayai mati antara tiga hingga empat hari.

Gajah betina dianggarkan berusia antara 11 hingga 12 tahun dengan ketinggian 1.8 meter itu ditemui dalam keadaan terduduk berhampiran tebing sungai dan pemeriksaan awal pasukan JHL mengesan luka di bahagian pipi, kepala, badan dan punggung gajah berkenaan, akibat tembakan senjata api. – BERNAMA

-Advertisement-

-Advertisement-

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC