Gencatan senjata berkuatkuasa di Gaza

Estimate Reading Time: < 1 minute

GAZA CITY- Gencatan senjata berkuatkuasa di Gaza pada Khamis selepas dua hari pertempuran berdarah melanda bandar itu, lapor agensi berita Anadolu.

-Advertisement-

Kumpulan Jihad Islam berkata pihaknya akan menghentikan serangan selepas Israel bersetuju dengan gencatan senjata yang diusahakan oleh Mesir.

Jurucakap kumpulan Jihad Islam Musab Al-Braim berkata gencatan senjata dikuat kuasa di Gaza pada 5 pagi waktu tempatan (0300GMT).

-Advertisement-

Jurucakap tentera Israel juga mengesahkan mengenai gencatan senjata itu.

Pertempuran tercetus selepas Israel membunuh komander Jihad Islam terkenal Bahaa Abu al-Atta, menyebabkan 34 rakyat Palestin maut dan lebih 110 orang cedera.- BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373