WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (25320) ORDER BY meta_id ASC

Hanya 30 peratus kes positif COVID-19 di Selangor babitkan kluster » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Hanya 30 peratus kes positif COVID-19 di Selangor babitkan kluster

Estimate Reading Time: < 1 minute

SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mendapati, hanya 30 peratus daripada keseluruhan kes positif COVID-19 di negeri itu setakat ini, membabitkan penularan dalam pelbagai kluster termasuk sektor perkilangan.

-Advertisement-

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, berkata berdasarkan laporan statistik terkini, 70 peratus kes positif COVID-19 adalah bukan berkaitan kluster.

“Daripada jumlah 30 kes membabitkan membabitkan kluster itu, hanya 40 peratus sektor perkilangan, perkhidmatan (12 peratus), tapak bina (10 peratus), komuniti (9.5 peratus) dan perniagaan (7 peratus)..ini lima kluster utama.

“Ini bermakna, daripada keseluruhan kes yang dilaporkan, hanya 30 peratus kluster yang dikenal pasti dan dari kluster itu sektor kilang menyumbang 40 peratus sahaja.

“Jadi, secara keseluruhan kes positif COVID-19 di Selangor membabitkan yang membabitkan kilang hanya sebanyak 12 peratus,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dr Sha’ari berkata, dari segi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh kilang-kilang di Selangor, hampir semuanya mematuhi SOP ditetapkan.

-Advertisement-

“Bila dibuat penerangan lanjut, kita dapati bahawa SOP di kilang-kilang memang diikuti dan dipatuhi dengan baik.

“Ini berdasarkan pemeriksaan dan siasatan yang dilakukan, hampir semua dipatuhi, cuma sekarang, kemungkinan jangkitan itu berlaku di luar kilang seperti asrama pekerja,” katanya.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Facebook rasminya melaporkan sejumlah 33 kluster di seluruh negara di mana tujuh kluster dari negeri Selangor.

Daripada 33 kluster itu, sebanyak 18 kluster di tempat kerja dilaporkan yang membabitkan 879 kes,12 kluster komuniti membabitkan 275 kes, dua kluster pusat tahan dan 1 kluster kumpulan berisiko tinggi.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC