Hotel, restoran di Jerman kekurangan lebih 65,000 pekerja

Estimate Reading Time: < 1 minute

BERLIN: Jerman kini bergelut dengan masalah kekurangan lebih 65,000 pekerja dalam sektor perhotelan dan restoran, menurut persatuan industri hospitaliti, Dehoga.

-Advertisement-

“Menurut tinjauan bulanan Dehoga, masalah kekurangan pekerja adalah antara cabaran terbesar dalam kalangan perniagaan,” kata persatuan itu kepada Agensi Berita Jerman (dpa).

Pakar pasaran buruh Dehoga, Sandra Warden, berkata Agensi Pekerjaan Persekutuan melaporkan terdapat sebanyak 33,160 kekosongan jawatan dalam industri perhotelan bagi Jun.

“Bagaimanapun, kami mengandaikan permintaan sebenar adalah sekurang-kurang dua kali lebih tinggi.

“Ini kerana banyak perniagaan tidak lagi melaporkan kekosongan jawatan mereka kepada agensi pekerjaan atau pusat pekerjaan,” katanya.

Warden berkata, sebanyak 40,000 kekosongan jawatan dilaporkan bagi Jun 2019.

“Masalah berkenaan bertambah teruk sejak itu (selepas pandemik COVID-19).

“Ini terutama pada masa musim cuti sekarang dengan permintaan terus meningkat di destinasi pelancongan,” katanya.

-Advertisement-

Sektor gastronomi terpaksa mengambil pelbagai langkah bagi meneruskan kelangsungan perniagaan terbabit.

“Ada perniagaan yang terpaksa memendekkan waktu operasi mereka, menutup perniagaan pada hari-hari tertentu ataupun mengehadkan tawaran menu,” kata Warden.

Beberapa restoran pula mula memberi tumpuan kepada perkhidmatan layan diri.

Warden berkata, ahli Dehoga berharap industri itu akan mendapat manfaat segera daripada kemungkinan yang ditawarkan menerusi pembaharuan imigresen, selain memudahkan pekerjaan untuk golongan pelarian.

Selain itu, persatuan menggesa supaya kempen latihan dalam pelbagai kemahiran dilaksanakan agar profesion dan kemahiran praktikal diberikan keutamaan.

– BERNAMA-dpa

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373