Ibu bapa T20 hantar anak ke MRSM untuk belajar hidup susah – Presiden ANSARA

Estimate Reading Time: < 1 minute

SHAH ALAM: Ibu bapa golongan berpendapatan tinggi (T20) sanggup menghantar anak masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk mengajar tentang kesukaran hidup.

-Advertisement-

Presiden Anak Sains Mara (ANSARA) Malaysia, Mohd Fadzil Yusof, berkata institusi pendidikan itu dilihat sebagai tempat sesuai bagi anak mereka bergaul dengan pelajar lain daripada pelbagai latar belakang.

“Di sekolah swasta, kos pembelajaran sampai RM3,000 sebulan.

“Kalau mereka (ibu bapa T20) mampu untuk hantar anak ke sekolah swasta, kenapa mahu berebut masukkan ke MRSM?

“Saya tertanya-tanya kenapa golongan (T20) itu nak hantar anak-anak ke MRSM, dan jawapan yang diterima mengejutkan saya iaitu nak ajar anak untuk hidup susah.

“MRSM kononnya menjadi tempat terbaik untuk anak mereka berkawan dengan golongan B40,” katanya dalam Wacana Sinar edisi 426 bertajuk ‘MRSM untuk B40 sahaja?’ pada Selasa.

-Advertisement-

Program dihoskan Ismail Adnan itu turut menampilkan dua lagi panelis iaitu Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan bekas guru MRSM, Nur Aziera Mohd Ramli yang disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian.

Sementara itu, Mohd Fadzil turut mencadangkan golongan T20 membayar kos pembelajaran di MRSM berbanding menubuhkan sekolah swasta di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Katanya, banyak proses yang perlu dilalui sekiranya ingin memulakan perniagaan dan kemungkinan sekolah swasta tersebut tidak dinamakan MRSM.

“Kita ada had dan kekangan tertentu yang membataskan corak perniagaan yang macam mana.

“Kita boleh melaksanakan kemasukan berbayar, berbeza dengan sekolah berbayar,” ujarnya.
– Sinar Harian
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427