Impian Anwar menjadi PM “hancur” hari ini?

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 24 Feb 2020 (The Capital Post) – Impian Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke – 8 “hancur” berikutan percaturan koleberasi  baharu parti politik  Tun Dr Mahathir yang menyebabkan Anwar Ibrahim tidak mempunyai bilangan wakil rakyat untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan.

-Advertisement-

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kecewa dengan tindakan Tun Dr Mahathir yang dikatakan mengingkari perjanjian persepakatan untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri mengantikan Tun. Perkara ini telah memberikan impak kepada parti komponen Pakatan Harapan seperti DAP dan PAN.

Anwar Ibrahim yang juga turut melahirkan perasan kecewa dengan segelintir pemimpin PKR yang bertekad untuk memecahbelahkan parti dah membawa wakil rakyat PKR untuk menyokong Tun Dr Mahathir.

-Advertisement-

Pihak istana telah memohon Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Wan Azizah untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 2.30 petang hari ini untuk menentukan bilangan sokongan yang dimilik oleh parti tersebut.

Yang di-Pertuan Agong, dijangka akan mengumumkan keputusan sama ada memberikan mandat baharu kepada parti yang mempunyai majoriti wakil rakyat atau mengembalikan mandat kepada rakyat untuk menentukan sekali lagi siapa pemimpin mereka melalui PRU 15. – The Capital Post