Insentif galakan cukai pengeluaran bahan makanan beri manfaat 249 syarikat

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kerajaan meluluskan insentif galakan cukai untuk projek pengeluaran bahan makanan kepada 249 syarikat bagi tempoh 2001 hingga April lalu, membabitkan nilai pelaburan lebih RM2.2 bilion.

-Advertisement-

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata menerusi inisiatif itu, syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan projek baharu pengeluaran bahan makanan diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan dibuat bagi maksimum tiga tahun taksiran.

“Syarikat yang menjalankan projek pengeluaran bahan makanan pula diberi pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun selama 10 tahun bagi projek baharu dan lima tahun bagi projek pembesaran syarikat sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Seminar Pelaburan Subsektor Tanaman Agromakanan Malaysia di sini, hari ini. Teks ucapannya dibacakan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.

Mohamad berkata, ketika pembentangan Belanjawan 2023 lalu, kerajaan bersetuju melanjutkan insentif galakan cukai bagi projek pengeluaran bahan makanan sehingga akhir2025.

“Skop galakan insentif turut diperluaskan merangkumi projek pertanian moden berasaskan pertanian persekitaran terkawal.

“Inisiatif ini dapat menggalakkan pembabitan warga tempatan khususnya belia melalui penggunaan teknologi moden di sepanjang rantaian nilai pengeluaran dan pemasaran.

-Advertisement-

“Pembabitan mereka boleh membantu dalam usaha mempertingkatkan sekuriti makanan dan menstabilkan harga bekalan dengan mengurangkan kerbergantungan kita kepada makanan import,” katanya.

– Berita Harian

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373