Isyarat positif dari Wall Street lonjak Bursa Malaysia

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka positif pada Rabu, mengambil isyarat daripada aliran meningkat semalaman di Wall Street selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) adalah seperti yang dijangkakan.

-Advertisement-

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.54 mata kepada 1,383.15 daripada 1,380.61 sewaktu ditutup semalam.

Indeks utama itu dibuka kukuh 1.09 mata kepada 1,381.70.

Pasaran lebih luas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 209 kepada 137, manakala 229 kaunter tidak berubah, 1,680 tidak diniagakan dan 12 lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 212.87 juta unit bernilai RM98.59 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata data inflasi AS adalah seperti yang dijangkakan, justeru, melahirkan harapan bahawa Rizab Persekutuan AS mungkin menghentikan seketika kenaikan kadarnya lewat hari ini.

“Kami berpendapat FBM KLCI akan meningkat dan bergerak dalam jajaran 1,380 hingga 1,390 hari ini, mengambil isyarat daripada prestasi optimis di Wall Street.

“Kami yakin minat belian mungkin berlaku dalam saham-saham teknologi, namun aktiviti pengambilan untung mungkin ada berikutan peningkatan yang mendadak sejak akhir Mei,” katanya kepada Bernama.

-Advertisement-

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing menokok satu sen kepada RM8.63 dan RM3.82, Tenaga Nasional meningkat tiga sen kepada RM9.17, dan Petronas Chemicals menambah empat sen kepada RM6.46, manakala CIMB tidak berubah pada RM4.99.

Bagi saham aktif, Classita dan Sarawak Consolidated masing-masing menokok satu sen kepada 11.5 sen dan 38.0 sen, XOX naik setengah sen kepada dua sen dan Agmo meningkat lapan sen kepada 62 sen, manakala Kumpulan Jetson turun 1.5 sen kepada 31.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 23.18 mata kepada 10,220.18, Indeks FBMT 100 menokok 22.40 mata kepada 9,915.17, Indeks FBM Emas Syariah naik 36.10 mata kepada 10,573.71, Indeks FBM 70 meningkat 47.85 mata kepada 13,585.52 dan Indeks FBM ACE menambah 11.77 mata kepada 5,158.30.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 15.33 mata kepada 15,214.72, Indeks Tenaga meningkat 3.20 mata kepada 783.86 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.65 mata kepada 159.40.

Bagaimanapun, Indeks Perladangan rendah 11.96 mata kepada 6,706.28.

-BERNAMA

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373