Jabatan Audit Negara Semak Pengurusan Projek LCS

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2026 (The Capital Post) – Ketua Audit Negara, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Key Audit Area terhadap Pengurusan Projek Littoral Combat Ship (LCS) di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya, hari ini.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali; Ketua Projek LCS, Laksamana Pertama Ir. Ts. Franklin Jeyasekhar Joseph TLDM serta wakil daripada Kementerian Kewangan.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Encik Azman bin Mahmood dan Pengarah Audit Kewangan IV, Jabatan Audit Negara, Encik Halimuddin bin Chongge.

-Advertisement-

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Jabatan Audit Negara, mesyuarat tersebut merupakan sebahagian daripada proses pengauditan terhadap pengurusan Projek LCS. – The Capital Post