PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini telah menyediakan garis panduan untuk membina stesen pengecas kenderaan elektrik (EV), di premis seluruh negara.
-Advertisement-
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM), Datuk Ahmad Izram Osman, berkata garis panduan itu sudah diserahkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk dinilai sebelum diumumkan kelak.
-Advertisement-
“Antara cadangan dalam garis panduan tersebut ialah jarak kenderaan daripada laluan masuk dan keluar premis, tingkat yang sesuai untuk pemasangan dan pelbagai perkara lain,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.