Jet Israel bedil kawasan dikuasai Hamas di Gaza

Estimate Reading Time: < 1 minute

GAZA- Jet Israel membedil sebuah kawasan yang dikuasai Briged Ezzedine al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, di utara Gaza pada Jumaat lapor agensi berita Anadolu.

-Advertisement-

Pasukan Pertahanan Israel berkata di Twitter, tindakan itu merupakan serangan balas terhadap 10 bedilan roket yang dilancarkan dari Gaza sebelum itu.

“Lapan roket berjaya dipintas oleh Sistem Iron Dome.”

-Advertisement-

Menurut akhbar Yedioth Ahronoth yang berpangkalan di Tel Aviv, satu daripada roket membedil sebuah rumah di bandar Sderot berhampiran sempadan Gaza. Tiada kecederaan dilaporkan.

Namun, sehingga kini pihak berkuasa di Gaza masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.- BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373