WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (32044) ORDER BY meta_id ASC

Jho Low, bapa dihukum penjara » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Jho Low, bapa dihukum penjara

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR, 17 Oct 2022 (The Capital Post): Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low, dan bapanya, Tan Sri Larry Low Hock Peng, kerana menghina mahkamah.

-Advertisement-

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas mengeluarkan waran komital serta memerintahkan mereka membayar kos RM5,000 akibat tidak mematuhi dua perintah injunksi yang dikeluarkan baru-baru ini.

Perintah injunksi itu memerlukan dua beranak itu mendedahkan lokasi keberadaan serta aset kepada mahkamah, melalui saman difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MBD) dan anak syarikatnya terhadap mereka serta empat yang lain.

Pada 12 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan 1MDB dan anak syarikatnya, Global Diversified Investment Company Ltd yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited, memulakan prosiding penghinaan mahkamah membabitkan Jho Low serta bapanya.

Pada 16 Mac lalu, 1MDB dan sebuah anak syarikatnya, memperoleh perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi untuk menghalang Jho Low melupus atau mengurangkan nilai mana-mana asetnya di Malaysia berjumlah AS$1.03 bilion (RM4.32 bilion).

Berdasarkan dokumen diperoleh media menerusi sistem kehakiman, bapa ahli perniagaan itu turut dihalang daripada mengalihkan, melupus atau mengurangkan nilai mana-mana asetnya di Malaysia berjumlah AS$401.5 juta (RM1.7 bilion).

Pada 7 Mei 2021, 1MDB dan empat anak syarikatnya, iaitu Global Diversified, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited, memfailkan saman AS$3.7837 bilion (RM15.9 bilion) terhadap Jho Low; bapa; ibu, Puan Sri Goh Gaik Ewe; kakak, May Lin; adik lelaki, Taek Szen; serta rakan sekutunya, Eric Tan Kim Loong.

-Advertisement-

Berdasarkan writ itu, 1MDB menuntut AS$661 juta (RM2.8 bilion) daripada Jho Low; masing-masing AS$41 juta (RM172 juta), AS$397 juta (RM1.7 bilion), AS$608 juta (RM2.5 bilion) dan AS$1.9 bilion (RM8 bilion) daripada Jho Low dan Kim Loong; serta AS$325 juta (RM1.4 bilion) daripada Jho Low dan bapanya.

1MDB Global Investments Limited pula menuntut AS$630 juta (RM2.6 bilion) daripada Hock Peng, Jho Low dan Kim Loong, serta AS$2 juta (RM8.4 juta) daripada Taek Szen, Jho Low dan Kim Loong.

Plaintif turut menuntut AS$3.5 juta (RM14.7 juta) daripada May Lin and Jho Low serta AS$1.695 juta (RM7.1 juta) daripada Gaik Ewe, Jho Low dan Kim Loong berhubung pembelian barang kemas serta keuntungan rahsia, selain AS$25.5 juta (RM107.1 juta) daripada Jho Low, Kim Loong, Hock Peng dan Taek Szen.

-BH

(The Capital Post)

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC