JIWA@Komuniti MADANI Dekati Penduduk Wangsa Maju

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR 3 Ogos 2026, (The Capital Post) – Program JIWA@Komuniti MADANI menerusi Sembang Santai dan Info On Wheels (IOW) bersama Komuniti MADANI Wangsa Maju 1 berlangsung pada 1 Ogos 2026 bagi mendekati masyarakat setempat serta menyampaikan maklumat berkaitan isu semasa dan kepentingan kesedaran awam.

Program anjuran Pejabat Penerangan Titiwangsa, Wangsa Maju dan Setiawangsa itu diadakan di hadapan Pejabat Penyelenggaraan Perumahan Seksyen 4, Wangsa Maju, Kuala Lumpur dengan penglibatan komuniti setempat.

Pelbagai bahan penerbitan berkaitan kepentingan keselamatan digital, perpaduan, ekonomi serta kesejahteraan masyarakat turut diedarkan kepada penduduk, termasuk risalah mengenai tindakan menghadapi penipuan internet, buli siber, tip internet selamat, Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) 2026–2030, Rukun Negara, usaha membanteras rasuah serta prinsip asas perpaduan.

-Advertisement-

Selain itu, ceramah ringkas turut disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Titiwangsa, Wangsa Maju dan Setiawangsa, Encik Azri Zainal Abidin yang memberi penerangan berkaitan Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang, Kempen Internet Selamat termasuk penggunaan aplikasi AIFA dan Price Catcher, tema Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2026 serta langkah berbelanja secara berhemah ketika berdepan krisis bekalan global.

Penganjuran program ini menjadi medium penting dalam memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti, di samping memastikan masyarakat mendapat akses kepada maklumat tepat serta memahami pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat. – The Capital Post