WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (2314) ORDER BY meta_id ASC

Jordan enggan perbaharui, lanjut pajakan tanah kepada Israel » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Jordan enggan perbaharui, lanjut pajakan tanah kepada Israel

Estimate Reading Time: < 1 minute

AMMAN- Jordan pada Ahad berkata tiada lagi lanjutan atau pembaharuan bagi perjanjian pajakan tanah milik negara itu kepada Israel, lapor agensi berita China Xinhua.

-Advertisement-

Raja Abdullah II telah mengumumkan penamatan rasmi perjanjian pajakan sebahagian tanah milik kerajaan Jordan kepada Israel.

“Hari ini, saya turut mengumumkan penamatan Perjanjian Damai berkaitan pengilhakan Baqoura dan Ghumar serta pengembalian kedaulatan penuh kita ke atas setiap inci tanah terbabit,” titah baginda pada sesi keempat sidang parlimen ke-18.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Jordan akan menghormati semua hak di kawasan Baqoura dan Ghumar sambil menambah bahawa negara itu memperakui hartanah milik swasta di tanah seluas 820 dunam (820,000 meter persegi) di Baqoura.

Jordan akan membenarkan rakyat Israel yang memiliki sebidang tanah memasuki kawasan itu selepas menerima visa daripada kedutaan Jordan di Tel Aviv dan kemasukan adalah di lintasan sempadan rasmi.

Kementerian itu menambah bahawa Jordan akan turut membenarkan petani menuai tanaman mereka sebelum perjanjian damai berhubung pengilhakan di kedua-dua kawasan tamat.

-Advertisement-

Pada Oktober 2018, Jordan secara rasmi telah memaklumkan Israel mengenai keputusannya untuk tidak memperbaharui perjanjian pajakan sebahagian tanahnya kepada negara itu.

Juga pada tahun lepas, Raja Abdullah II berkata Jordan akan menghapuskan “pengilhakan” kawasan Baqoura dan Ghumar oleh Israel di bawah perjanjian damai Jordan-Israel pada 1994.

Mendapatkan semula Baqoura dan Ghumar adalah agenda utama Jordan, titah Raja Abdullah menerusi akaun Twitter rasmi baginda pada tahun lepas.

Di bawah perjanjian damai 1994 dengan Israel, Jordan berhak untuk tidak memperbaharui perjanjian yang memajak kawasan di Baqoura dan Ghumar kepada petani Israel.- BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC