PUTRAJAYA 26 Jun 2026, (The Capital Post) – Menteri Ekonomi, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Haji Mohd Nasir, telah mengadakan lawatan ke Jualan Terbuka Kelab Ekonomi yang berlangsung di Ruang Legar Menara Prisma sebagai usaha memperkukuh sokongan terhadap pembangunan usahawan tempatan serta mempromosikan produk industri dan komuniti setempat.
Lawatan tersebut turut mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperluaskan akses pasaran kepada pengeluar tempatan, di samping menggalakkan pertumbuhan ekonomi berasaskan komuniti melalui penglibatan aktif sektor usahawan kecil dan sederhana.
Antara tarikan utama program berkenaan ialah hasil pertanian dan akuakultur berkualiti tinggi seperti sun melon dan ikan tilapia segar yang diusahakan oleh Institut Pertanian dan Rakanan (IPR) INTAN@UPM, yang menjadi antara contoh kejayaan pemindahan ilmu, teknologi dan inovasi dalam sektor agromakanan negara.
-Advertisement-
Usaha ini bukan sahaja membantu meningkatkan pendapatan pengusaha, malah memperkukuh rantaian bekalan makanan tempatan melalui hubungan terus antara pengeluar dan pengguna, seterusnya menyokong pembangunan ekonomi yang lebih mampan.
Inisiatif berkenaan selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI dalam memperkasa ekonomi rakyat melalui pembangunan usahawan, peningkatan produktiviti sektor agromakanan serta pengukuhan ekosistem ekonomi tempatan yang lebih inklusif dan berdaya saing. – The Capital Post