WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (25713) ORDER BY meta_id ASC

"Kami menghadap seorang demi seorang, sahkan calon PM yang disokong" » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

“Kami menghadap seorang demi seorang, sahkan calon PM yang disokong”

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen memaklumkan mereka diberi masa kira-kira seminit untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

-Advertisement-

Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Sharif, berkata dalam sesi itu mereka diminta memaklumkan calon Perdana Menteri baharu yang diberi sokongan bagi mengesahkan surat perakuan yang dihantar semalam.

“Ambil masa kira-kira seminit sahaja. Kami diminta memperkenalkan diri, mewakili Parlimen mana dan siapa calon sokongan.

“Sesi dijalankan secara seorang demi seorang bersama Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada BH.

Salim juga mengesahkan pada sesi itu, Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Sultan Perak tidak bersama.

-Advertisement-

Hari ini, seramai 114 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), GPS, PAS dan Bebas dijadualkan menghadap Seri Paduka secara berperingkat.

Sementara itu, seorang Ahli Parlimen dari Sarawak yang enggan nama didedahkan turut mengesahkan sesi itu berlangsung kira-kira satu minit sahaja secara bergilir-gilir.

Katanya, Ahli Parlimen juga diminta membuat perakuan calon Perdana Menteri yang disokong mereka.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC