KBS terus pantau atlet berpotensi untuk RTG

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA TERENGGANU: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa memantau prestasi atlet yang berpotensi untuk diserapkan dalam program Road To Gold (RTG).

-Advertisement-

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, pihaknya menerusi sekretariat RTG akan memantau atlet yang berada ranking terbaik untuk diserapkan dalam program.

Beliau berkata, pihaknya yakin sekiranya lebih ramai atlet dalam program RTG ia akan membuka lebih peluang bagi memburu pingat emas pertama di Sukan Olimpik.

“Sebagai contoh, skuad hoki lelaki kendalian Arul Selvaraj dilihat prospek meraih pingat emas dan berjaya diserap masuk dalam program RTG.

“Jadi, kita tidak menolak kemungkinan akan ada lagi atlet lain diserap masuk ke dalam program RTG selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat bekas pemain Olimpik Munich 1972, Harun Jusoh, 75, di Kampung Lorong Haji Da, Batu Buruk, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.

-Advertisement-

Adam berkata, pihaknya juga sentiasa melihat keperluan atlet termasuk tempat latihan di bawah program RTG yang sentiasa menjadi keutamaan.

“Kita akan bantu atlet RTG dari semasa ke semasa termasuk permintaan dari segi latihan membabitkan jaguh berbasikal, Datuk Azizulhasni Awang,” katanya.

Sementara itu, Noorul Ariffin menjelaskan YAKEB sudah membelanjakan RM237,000 bagi membantu bekas-bekas atlet yang memerlukan bantuan di seluruh negara ini.

Katanya, bantuan yang diberikan membabitkan wang tunai, peralatan, perubatan dan hospital.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah memberikan sumbangan khairat kematian sebanyak RM54,000 sehingga bulan ini.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373