Kekacauan di Hong Kong, perusuh terus bertindak ganas

Estimate Reading Time: < 1 minute

HONG KONG- Beberapa daerah di Hong Kong pada Ahad terus diselubungi keganasan apabila “perusuh yang memakai topeng muka” bertindak menghalang lalu lintas dan menyerang anggota polis, lapor agensi berita Xinhua.

-Advertisement-

Sejak 1 petang waktu tempatan, pelbagai kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di pusat membeli-belah di beberapa daerah termasuk Sha Tin, Tuen Mun, Tai Po dan Taikoo.

Sesetengah perusuh bertopeng merosakkan kemudahan di stesen kereta api dan di pusat membeli-belah, menurut kenyataan polis pada Isnin.

Perusuh kemudian bertindak melarikan diri dengan masuk ke dalam beberapa pusat membeli-belah memaksa polis melancarkan operasi memburu mereka.

Perusuh bertindak ganas terhadap anggota polis yang cuba menyuraikan keadaan.

-Advertisement-

Polis berkata “pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan tindakan perusuh yang secara terang-terangan melakukan perbuatan menyalahi undang-undang.”

Terdapat kes kecederaan dilaporkan di Taikoo Shing, menyaksikan lima orang terpaksa dikejarkan ke hospital dan dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

“Polis mengutuk tindakan ganas itu dan akan menjalankan siasatan terperinci untuk membawa pelaku ke muka pengadilan, tanpa mengira motif dan latar belakang mereka,” tambah kenyataan itu.- BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373