Kelima di dunia, terima kasih Malaysia

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Kejayaan meraih tempat kelima di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia disifatkan atlet muda olahraga Muhammad Azeem Fahmi sebagai satu sejarah buat dirinya.

-Advertisement-

Azeem yang mencatat 10.14 saat (s) pada final acara 100 meter (m) yang berlangsung di Stadium Pascual Guerrero Olympic pagi tadi berkata, pencapaian itu adalah satu kebanggaan.

“Kita sudah melakukannya!!. Sejarah. Tiada apa (untuk diperkatakan), saya berbangga dengan diri saya sendiri dan terima kasih Malaysia!! – Kelima di dunia,” tulis Azim dalam Instastory miliknya.

Pagi tadi, atlet berusia 18 tahun itu menamatkan saingan final acara 100m dengan catatan 10.14s sekali gus memperbaiki catatan dilakukannya pada separuh akhir sebelum itu, 10.19s.

Atlet Botswana, Letsile Tebogo muncul juara dengan catatan 9.91s manakala tempat kedua dimenangi Bouwahjgie Nkrumie dari Jamaica, 10.02s.

Tempat ketiga diraih atlet Afrika Selatan, Benjamin Richardson yang melakukan, 10.12s dan wakil Thailand, Puripol Boonson berada di tempat keempat, 10.12s.

Semalam, Azeem mencipta sensasi apabila memecahkan rekod kebangsaan acara 100m dengan catatan 10.09s sekali gus mengungguli saingan bagi saringan lapan dan melangkah ke peringkat separuh akhir.

-Advertisement-

Catatan direkodkan Azeem itu menyaksikan dia memperbaharui rekod kebangsaan yang sebelum ini dipegang Khairul Hafiz Jantan dengan catatan 10.18s ketika menjuarai saingan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 di Sarawak.

Awal pagi esok, Azeem dijadual menyertai saringan acara 200m yang menyaksikan tiga pelumba terbaik dan tiga catatan masa terbaik dalam setiap saringan bakal memperoleh tempat ke separuh akhir.

Sementara itu, hantaran sama Azeem di akaun Twitter turut dilimpahi ucapan tahniah daripada warga net yang berbangga dengan pencapaian pelari dari Ipoh, Perak itu.

“Tahniah!. Goodluck malam ini 200m pulak,” tulis Taslim Razin di Twitter manakala Adil Hamizi Fairus menulis: “Tahniah Azeem!. Bright future (masa depan yang cerah).”

Megat Rieman pula menulis: “Baru permulaan… kembali semula dan jangan toleh belakang. Jalan terus dan jadikan peristiwa hari ini pembakar semangat. Standing in the eyes of the world.”

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279