WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (24845) ORDER BY meta_id ASC

Kemungkinan besar 'hidup bersama' COVID-19 sebagai endemik - Pakar » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Kemungkinan besar ‘hidup bersama’ COVID-19 sebagai endemik – Pakar

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Bermula di Wuhan, China pada Disember 2019, jangkitan COVID-19 kini sudahpun menular ke serata dunia, termasuk di Malaysia.

-Advertisement-

Selepas hampir dua tahun, serangan virus itu belum menunjukkan tanda akan reda, dengan angka korban global mencecah lebih empat juta mangsa, setakat ini.

Kemunculan varian baharu lebih agresif, menyukarkan lagi usaha sistem kesihatan negara yang terjejas untuk menangani pandemik itu.

Di sebalik penemuan vaksin, rekod di seluruh dunia menunjukkan mereka telah divaksinasi masih boleh dijangkiti COVID-19 tetapi tanpa simptom yang teruk.

Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan dipersetujui majoriti pakar kesihatan, menyatakan bahawa COVID-19 berkemungkinan besar menjadi endemik, iaitu kekal serta menjadi sebahagian daripada kehidupan harian manusia sebagaimana selesema.

Persoalannya, bersediakah kita untuk ‘hidup bersama’ virus itu yang setakat semalam sudah meragut 8,201 nyawa di negara ini?

Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan am, Dr Hanafiah Bashirun, memberitahu Bernama bahawa mahu tidak mahu, perkara itu berkemungkinan besar menjadi hakikat yang perlu diterima rakyat Malaysia.

“Kita mendapati hanya beberapa negara merekodkan kes sifar dalam tempoh dua minggu berturut-turut mutakhir ini.

“Ia sekali gus membuktikan negara di seluruh dunia akan menerima COVID-19 sebagai sebahagian daripada kehidupan, sebagaimana influenza (H1N1) yang tercetus pada 2009 dan kemudian menjadi endemik,” katanya.

Apabila bertukar status kepada endemik, beliau berkata, kes baharu tidak perlu lagi dimaklumkan kepada orang awam.

Namun, katanya, rakyat tetap perlu mengambil langkah berjaga-jaga secara berterusan, termasuk mematuhi tiga prosedur operasi standard (SOP), iaitu penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap membasuh tangan.

-Advertisement-

“Paling utama, pastikan diri divaksinasi,” katanya yang berkeyakinan bahawa imunisasi bersama pematuhan tiga SOP terbabit adalah kunci kepada pembendungan virus itu.

Selepas COVID-19 berstatus endemik, Dr Hanafiah berkata, individu mengalami simptom ringan seperti selesema, akan dianggap sebagai selesema biasa serta tidak lagi dirujuk ke hospital, melainkan pesakit menunjukkan gejala lebih berat seperti sukar bernafas.

Beliau berkata, pesakit juga tidak akan diasingkan, sebaliknya dirawat seperti jangkitan virus biasa.

Bagaimanapun, katanya, pengisytiharan COVID-19 sebagai endemik bergantung pada keputusan WHO yang akan membuat penelitian selepas suatu tempoh.

“Bagi mengisytiharkan COVID-19 sebagai endemik, sebenarnya tidak bergantung pada kes kematian atau angka harian sesebuah negara. Tiada faktor betul-betul spesifik untuk meletakkan ia sebagai endemik.

“Cuma, apa yang boleh kita harapkan sementara menunggu ia sebagai endemik ialah program vaksinasi terus berjalan.

“Ini sebab dengan kadar vaksinasi yang tinggi juga, kita dapat menjalani rutin kehidupan harian seperti biasa, selain berharap penemuan ubat antivirus sebagai alternatif rawatan sekiranya dijangkiti,” katanya.

Sebelum ini, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood yang merupakan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, menyarankan pihak berkuasa menjadikan suntikan vaksin COVID-19 sebagai imunisasi tahunan seperti dilakukan di Eropah bagi mengekang selesema bermusim.

Ketika ini, penularan COVID-19 masih berstatus pandemik yang diisytiharkan WHO pada 11 Mac 2020. – BERNAMA – BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC