Kepemimpinan Ismail Sabri kembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menangani isu membabitkan kepentingan rakyat seperti kekurangan bekalan dan kenaikan harga ayam, mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO.

-Advertisement-

Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, berkata dalam tempoh setahun kepemimpinan Ismail Sabri, yang genap Ahad ini juga memperlihatkan ekonomi negara semakin baik, dibuktikan dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2022 pada kadar 8.9 peratus.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata biarpun baru setahun Ismail Sabri memegang tampuk pemerintahan negara, banyak usaha yang sudah dijalankan.

“Beliau berdepan masalah yang cukup berat dan hebat tetapi diselesaikan dengan baik dan berhemah.

“Kita mengawal inflasi dan harga makanan dengan membentuk jawatankuasa khas, Pasukan Jihad Tangani Inflasi, yang bermesyuarat dua kali seminggu.

“Itu sebab pembangkang marah pada jawatankuasa ini kerana ia buat kerja,” katanya kepada media selepas melancarkan Program Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) Sihat dan Hebat, di sini, hari ini.

Lebih 300 warga KWP menyertai program yang julung kali dianjurkan itu, bertujuan membudayakan kehidupan sihat dan aktif serta kelestarian persekitaran dalam kalangan

warga kerja kementerian itu.

-Advertisement-

Mengulas lanjut, Shahidan berkata, Ismail Sabri turut berani memartabatkan Bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa.

Pada masa sama, beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa UMNO sudah lemah.

“Kejayaan parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor membuktikan UMNO semakin diterima rakyat.

“Sebenarnya, UMNO bertambah kuat dan rakyat memberi sokongan kepada UMNO kerana mereka tidak nampak parti lain yang berjaya mengatasi masalah (rakyat) seperti isu makanan.

“Rakyat menyokong pemerintahan yang memberi pembelaan dan menjaga kebajikan mereka,” katanya.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373