SANDAKAN 28 September 2026 (The Capital Post) – Peranan kepimpinan dalam kejururawatan ortopedik perlu merangkumi aspek keselamatan pesakit, pemulihan fungsi serta usaha membantu pesakit kembali menjalani kehidupan yang bermakna.
Perkara itu diketengahkan oleh Puan Nik Mariani Binti Nik Majid menerusi pembentangan bertajuk “Orthopaedic Nursing Leadership: Enhancing Patient Safety & Functional Outcomes” pada 1st Sabah National Orthopedic Nursing & Paramedic Symposium 2026 yang berlangsung di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sandakan, Sabah, pada 24 September lalu.
Dalam perkongsian tersebut, beliau menekankan bahawa kejayaan kejururawatan ortopedik bukan hanya berkaitan melindungi anggota pesakit yang mengalami kecederaan, sebaliknya turut melibatkan penjagaan menyeluruh terhadap pesakit.
Pendekatan berkenaan memberi tumpuan kepada pemulihan fungsi, peningkatan keupayaan pesakit untuk berdikari serta pemerkasaan individu supaya dapat kembali kepada tahap kehidupan yang lebih bermakna.
-Advertisement-
Beliau turut mengetengahkan kepentingan peranan jururawat dalam memastikan penjagaan ortopedik diberikan secara menyeluruh dengan mengutamakan keselamatan dan hasil pemulihan pesakit.
Perkongsian pada simposium berkenaan mencerminkan kepentingan kepimpinan kejururawatan dalam memperkukuh kualiti penjagaan serta memastikan keperluan fizikal dan fungsi pesakit terus menjadi keutamaan dalam rawatan ortopedik – The Capital Post