WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (30781) ORDER BY meta_id ASC

Keputusan pelaksanaan waktu kerja 45 jam seminggu diumum minggu depan » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Keputusan pelaksanaan waktu kerja 45 jam seminggu diumum minggu depan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KAJANG: Keputusan berhubung pelaksanaan pengurangan waktu kerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu, akan diumumkan minggu depan.

-Advertisement-

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata beliau sendiri akan membuat pengumuman khas mengenai perkara itu, termasuk membabitkan aspek lain yang berkaitan.

“Kita minta sabar lagi seminggu. Kita akan buat pengumuman khas sebab banyak perkara perlu diumumkan mengenai waktu kerja, cuti, peranan kementerian, institusi kawal selia lain dan sebagainya.

“Saya akan adakan pengumuman khas,” katanya pada sidang media selepas menjadi tetamu khas dalam program Minda Profesor Negara dengan tajuk ‘Isu Pekerja Asing di Malaysia: Apakah Penyelesaiannya?’ anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) di sini, hari ini.

Saravanan mengulas laporan portal berita yang memetik akhbar berbahasa Cina mengenai pelaksanaan waktu kerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu, yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 September ini, ditunda.

Laporan itu menyatakan, wakil industri dan perniagaan bertemu dengan Saravanan dan beliau bersetuju pengurangan waktu kerja tidak akan dilaksanakan bermula tarikh berkenaan.

-Advertisement-

Sebelum ini, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan pengurangan waktu kerja kerana dikatakan akan menjejaskan operasi syarikat.

Minggu lalu, Dewan Negara diberitahu pindaan kepada Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam akan berkuat kuasa 1 September ini.

Pewartaan tarikh kuat kuasa akta ini dijangka dibuat dalam tempoh yang terdekat.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC