Kerajaan bangunkan pelan tindakan teknologi dron

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Satu Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 (MDTAP30) akan dibangunkan bagi menyokong ekosistem dron negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

-Advertisement-

Perdana Menteri berkata,

industri dron di Malaysia berpotensi menjana pertumbuhan sebanyak RM50.71 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan berupaya mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan menjelang 2030.

Beliau berkata, mesyuarat kedua Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN), yang dipengerusikannya, hari ini, membuat keputusan berkenaan selaras usaha Kerajaan menjadikan MDTAP30 sebagai agenda nasional.

Beliau berkata, Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) bakal bertindak sebagai agensi penyelaras dan sekretariat MDTAP30 serta melaporkan kemajuan kepada ahli Majlis melalui Kluster Teknologi Baru Muncul.

“Sistem Pengurusan Trafik UAS (UAS-TM) juga akan dibangunkan bagi meningkatkan Kecekapan Proses Pendaftaran Operator Dron untuk meningkatkan pendaftaran UAS menjelang 2030.

-Advertisement-

“Mesyuarat juga mengambil maklum perkara yang dibangkitkan oleh pemain industri seperti kerenah birokrasi, yang akan diteliti bagi mengembangkan industri dron negara,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Keputusan menubuhkan MDTAP30 adalah satu daripada lima ketetapan yang dicapai dalam mesyuarat yang turut dihadiri oleh menteri serta ketua jabatan agensi terbabit.

Pada mesyuarat sama, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan melaksanakan strategi berkaitan pembangunan Omnibus Act – Public Sector (Data Sharing) Act melalui Dasar Perkongsian Data Sektor Awam (DPDSA) dan Dasar Perkongsian Data Nasional (NDSP) bagi meningkatkan ekosistem perkongsian data negara yang lebih kondusif.

Berita lanjut menyusul

-BH