WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33485) ORDER BY meta_id ASC

Kerajaan bantu PMKS tingkat perniagaan, jalin kerjasama dengan syarikat antarabangsa » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Kerajaan bantu PMKS tingkat perniagaan, jalin kerjasama dengan syarikat antarabangsa

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan perbincangan dengan institusi dan syarikat dari luar negara bagi membantu golongan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia, membina skala serta keupayaan meningkatkan perniagaan mereka.

-Advertisement-

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui pendekatan bersifat ‘reverse linkage’ atau pertukaran kemahiran yang akan diambil itu, ia mendorong PMKS membuat kerjasama dan melaksanakan penggabungan dengan syarikat yang mempunyai keupayaan sama dari luar negara.

Beliau berkata, melalui kerjasama itu, ia berupaya membolehkan PMKS mengambil peluang ekonomi baharu yang akan diusahakan kerajaan.

“Bagi PMKS, antara tumpuan kita adalah membina skala kerana kita tahu ekonomi negara kita 95 peratus adalah PMKS dan 70 peratus adalah perniagaan mikro.

“Antara yang menjadi tumpuan kita ialah memastikan penggabungan dan kerjasama dipercepatkan, kita sudah ada perbincangan dengan institusi di luar negara bagi membuka ruang dan keupayaan yang jauh lebih besar untuk PMKS membina skala serta keupayaan mereka,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

-Advertisement-

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) yang meminta Menteri Ekonomi menyatakan strategi dan langkah akan diambil kerajaan untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi negara khususnya kepada kumpulan rentan dan PMKS.

Pada masa sama, Rafizi berkata, tumpuan kepada PMKS ialah memfokuskan kepada pendigitalan produk dan penyelesaian digital secara terus bagi menambah pendapatan mereka.

Beliau berkata, aspek automasi dan aplikasi digital bukan tumpuan PMKS yang kini lebih memikirkan berhubung cabaran untuk kekal berniaga daripada soal menaik taraf perniagaan mereka. – Berita Harian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (44843,44834,44828,44821) ORDER BY meta_id ASC