Kerajaan fokus subsidi lebih bersasar bantu lindungi rakyat

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mempertimbangkan pelaksanaan mekanisme subsidi dengan lebih bersasar supaya manfaat ditumpukan kepada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan.

-Advertisement-

Timbalan Menteri Kewangan l, Datuk Mohd Shahar Abdullah, berkata tanpa subsidi yang disediakan kerajaan untuk barangan asas, dianggarkan inflasi negara akan mencapai 11.4 peratus.

Beliau berkata, kerajaan komited memastikan kesejahteraan rakyat termasuk melindungi isi rumah daripada impak penuh kenaikan harga komoditi dan makanan global.

“Berikutan langkah kerajaan untuk meneruskan dan menambahbaik subsidi, perbelanjaan untuk bantuan dan subsidi dianggarkan meningkat kepada RM77.7 bilion berbanding dengan peruntukan Bajet 2022 sebanyak RM31 bilion,” katanya.

-Advertisement-

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konsultasi Bajet 2023 di Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Majlis penutup sesi konsultasi membabitkan pelbagai agensi, persatuan, dewan perniagaan, ahli akademik dan badan bukan kerajaan (NGO) itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada jam 12.30 tengah hari ini.– Berita Harian