WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (30834) ORDER BY meta_id ASC

Tak payah kecoh-kecoh, politikkan isu cuti hujung minggu - Sultan Johor » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Tak payah kecoh-kecoh, politikkan isu cuti hujung minggu – Sultan Johor

Estimate Reading Time: < 1 minute

JOHOR BAHRU: Sultan Ibrahim Iskandar bertitah, baginda tidak akan tergesa-gesa dalam membuat keputusan berhubung cadangan kerajaan Johor untuk menukar semula cuti hujung minggu negeri ini kepada Sabtu dan Ahad.

-Advertisement-

Sebaliknya, Sultan Johor bertitah, baginda akan meneliti semua faktor berkaitan sebelum menetapkan keputusan.

“Saya tidak ingin gopoh dalam membuat keputusan. Cadangan kerajaan itu akan saya teliti setiap sudut baik buruknya, dan pandangan semua pihak akan diambil kira serta diperhalusi. Tidak payah kecoh-kecoh atau dipolitikkan.

“Buat masa ini, saya mahu kerajaan negeri memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi Johor serta kepentingan rakyat.

“Kerajaan negeri boleh memberikan apa jua cadangan kepada saya, dan saya akan mempertimbangkan sedalam-dalamnya sebelum memberi apa-apa keputusan,” titah baginda dalam kenyataan dimuat naik di akaun Facebook rasmi, hari ini.

Pada 14 Jun lalu, kerajaan Johor dilaporkan akan mengkaji semula cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu kini berikutan banyak keluhan disuarakan rakyat negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dipetik berkata setiap pandangan berhubung pelarasan cuti hujung minggu di Johor diterima dengan baik dan akan diteliti.

-Advertisement-

Bermula 1 Januari 2014, Sultan Ibrahim mengubah cuti mingguan Johor kepada Jumaat dan Sabtu, sebagai penghormatan kepada Jumaat selaku penghulu segala hari dan pengiktirafan terhadap agama Islam sebagai agama rasmi Johor.

Perubahan itu sebenarnya mengembalikan semula cuti hujung minggu asal (Jumaat-Sabtu) yang telah dilaksanakan Johor sejak sekian lama sebagai sebuah Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Johor hanya melaksanakan cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad mulai 1994 apabila ia ditukar ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Besar.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim menitahkan supaya semua pihak tidak mengeluarkan sebarang spekulasi atau membuat gesaan untuk keputusan diumumkan secepat mungkin.

“Saya akan membuat pengumuman apabila saya berpuas hati dan cukup yakin keputusan yang diambil itu adalah yang terbaik untuk Johor,” titah baginda.– Berita Harian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33043,33040,32965,32857) ORDER BY meta_id ASC