WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (32888) ORDER BY meta_id ASC

Kerajaan tamatkan penjawat lantikan politik » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Kerajaan tamatkan penjawat lantikan politik

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 15 DEC 2022 (The Capital Post): Jemaah Menteri dikatakan sudah memutuskan bahawa pengerusi dan ahli lembaga pengarah lantikan politik ditamatkan perkhidmatan dengan serta merta.

-Advertisement-

Sumber berkata, ia membabitkan jawatan berkenaan di badan berkanun Persekutuan, syarikat menteri kewangan (Diperbadankan), syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan.

Difahamkan perkara itu diputuskan dalam dokumen yang ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan ditujukan kepada Ketua-ketua Setiausaha Kementerian.

Surat berkenaan yang dilihat BH turut meminta kerjasama semua Ketua-ketua Setiausaha Kementerian berkenaan untuk melaksanakan perkara berkenaan.

Sebelum ini, pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini yang melantik Ahli Parlimen Parit ketika itu, Datuk Mohd Nizar Zakaria, sebagai Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

-Advertisement-

Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dikritik teruk oleh PH yang dikatakan tindakan terdesak mendapatkan sokongan daripada Ahli Parlimen UMNO dan PAS dengan menawarkan jawatan berkenaan.

Ini bukan kali pertama pertukaran pentadbiran Persekutuan mengambil tindakan berkenaan apabila pemegang jawatan lantikan politik ditamatkan ketika kerajaan PH mentadbir pada 2018.

-BH

(The Capital Post)

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC