Kes baharu COVID-19 3,175

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu COVID-19 hari ini kembali mencatatkan peningkatan dengan 3,175 kes berbanding 2,641 semalam.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,792,035.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

-Advertisement-

-BH