WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (28039) ORDER BY meta_id ASC

Ujian RTK-Antigen air liur pelajar sekolah dibuat di rumah » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Ujian RTK-Antigen air liur pelajar sekolah dibuat di rumah

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan pemberian kit ujian pantas (RTK-Antigen) air liur di sekolah harian dilaksanakan di rumah mulai minggu ini.

-Advertisement-

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata kit ujian itu akan dibekalkan sekolah kepada murid yang dipilih untuk melaksanakan ujian itu.

Katanya, keputusan ujian itu perlu dimaklumkan oleh ibu bapa dan penjaga kepada pihak sekolah.

“Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju ujian kendiri itu dibenarkan dilaksanakan di rumah selepas perbincangan dengan KPM mengenai pendekatan pelaksanaan ujian saringan itu,” katanya dalam satu video di Facebook, hari ini.

Pada 1 Disember lalu, KKM dalam strategi ujian COVID-19, menetapkan 10 peratus pelajar sekolah harian yang dipilih secara rawak perlu menjalani ujian RTK-Antigen dilaksanakan di sekolah.

Radzi berkata, KPM akan mengeluarkan kenyataan susulan menjelaskan perkara itu.

-Advertisement-

Katanya, bagi ibu bapa yang mana anak mereka terpilih menjalani ujian itu, mereka dinasihatkan mengikuti tata cara yang ditetapkan bagi memastikan sesi persekolahan berlangsung teratur dan selamat.

“Jika ia tidak dilaksanakan mengikut tatacara ditetapkan, maka ia bukan saya akan terkesan kepada anak-anak saudara saudari sahaja tetapi kepada rakan dan guru mereka di sekolah.

“Adalah penting apabila kita mulakan ujian ini nanti, ibu bapa memainkan peranan masing-masing supaya ujian ini dapat dilaksanakan dengan teratur dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KKM,” katanya.

Langkah terbaru itu bagi memastikan sesi persekolahan berlangsung secara teratur dan selamat sebagaimana semua pihak termasuk ibu bapa inginkan.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC