Kes baharu turun sedikit daripada paras tertinggi semalam

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Jumlah jangkitan baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini sebanyak 22,070 kes adalah rendah sedikit berbanding rekod tertinggi dilaporkan semalam 24,599 kes.

-Advertisement-

Ketua pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu hantaran di media sosialnya, berkata dengan penambahan kes hari ini, jumlah kumulatif kes jangkitan setakat ini meningkat kepada 1,662,913.

Beliau berkata, lapan negeri mencatatkan kes empat angka, didahului Selangor dengan 5,920 kes jangkitan baharu, disusuli Sabah dengan 3,010 kes; Sarawak (2,224); Kedah (2,072); Pulau Pinang (1,829); Johor (1,809); Kuala Lumpur (1,068) dan Kelantan (1,051).

-Advertisement-

Negeri lain turut mencatatkan peningkatan kes iaitu Perak dengan 939 kes; Pahang (610); Melaka (589); Terengganu (488); Negeri Sembilan (338); Perlis (76); Putrajaya (39) dan lapan kes di Labuan.

-BH