WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (30459) ORDER BY meta_id ASC

Kes COVID-19 kekal bawah 3,000 » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Kes COVID-19 kekal bawah 3,000

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,863 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam berbanding 2,728 kes pada hari sebelumnya.

-Advertisement-

Pertambahan kes baharu itu membabitkan 2,861 kes tempatan dengan dua lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Jumlah itu sekali gus menjadikan angka keseluruhan jangkitan COVID-19 di negara ini meningkat kepada 4,711,415 kes.

Sehingga kini masih terdapat 43,875 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dan daripada jumlah itu 95.7 peratus atau 41,996 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu, 1,790 kes sedang mendapatkan rawatan di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (34), Unit Rawatan Rapi (ICU) (55) dan memerlukan bantuan pernafasan (38).

Sehingga semalam, penggunaan ICU di seluruh negara sudah mencapai 62.7 peratus dan daripada jumlah itu bagi kegunaan pesakit COVID-19 ia berada di paras 14.6 peratus.

-Advertisement-

Dalam pada itu, turut dilaporkan ialah enam kes kematian termasuk seorang yang meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan (BID).

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan angka korban di negara ini meningkat kepada 36,032 kes. Daripada jumlah berkenaan 7,656 kes adalah individu yang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Turut dilaporkan ialah 4,752 kes pulih daripada jangkitan berkenaan yang menjadikan sehingga kini sebanyak 4,631,508 kes sembuh sudah dilaporkan sejak penularan wabak berkenaan di negara ini.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC