KUALA LUMPUR 26 Jun 2026, (The Capital Post) – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah meraikan seramai 612 warga kerja yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen tinggi dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Majlis penghargaan tersebut disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, yang menekankan kepentingan pembudayaan kerja berintegriti, profesional dan berprestasi tinggi dalam memperkukuh mutu penyampaian perkhidmatan awam negara.
Dalam majlis sama, turut diraikan penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang, Ts. Nor Hasfuat Abdul Rahman dari Jabatan Tenaga Manusia, atas sumbangan signifikan beliau dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pencapaian jabatan berkenaan.
-Advertisement-
YB Menteri turut menyeru warga KESUMA agar terus meningkatkan kompetensi serta mengadaptasi teknologi baharu selaras dengan perubahan landskap pekerjaan global yang semakin mencabar dan dinamik.
Pengiktirafan ini diharap menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga kementerian untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan serta menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. – The Capital Post