Ketegangan geopolitik heret turun ringgit

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini selepas pelabur mengambil langkah untuk terus mencari perlindungan dengan mendapatkan mata wang selamat berikutan peningkatan risiko geopolitik.

-Advertisement-

Ketika ini, lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi ke Taiwan telah meningkatkan ketegangan AS-Sino.

Pada jam 9.00 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.4570/4595 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.4540/4565.

Pakar ekonomi, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pelabur mencari perlindungan daripada kemungkinan bencana akibat ketidaktentuan yang semakin memuncak, sama ada ekonomi atau geopolitik berikutan lawatan Pelosi walaupun amaran keras oleh pegawai China yang telah membawa kepada pelbagai latihan ketenteraan berhampiran selat Taiwan.

“Sementara itu, dolar AS dijangka memperoleh kekuatan selanjutnya selepas mengalami beberapa kelemahan baru-baru ini,” katanya.

Selain itu, Mohd Afzanizam berkata Indeks Dolar AS (DXY) telah melepasi 106 mata pada masa ini kerana permintaan terhadap dolar AS telah meningkat.

-Advertisement-

“Oleh itu, gandingan dolar-ringgit dijangka kekal lemah dalam lingkungan paras RM4.45,” katanya.

Ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan itu menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.3308/3330 daripada penutupan Selasa 3.4031/4053, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4139/4170 daripada 5.4406/4436 semalam.

Nilai ringgit turut mengukuh berbanding euro kepada 4.5274/5300 daripada 4.5587/5612 sebelum ini dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2211/2233 daripada 3.2278/2301 pada hari Selasa.

-BERNAMA -BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279