WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (2144) ORDER BY meta_id ASC

Ketua Hakim Mongolia disiasat berkaitan serangan seksual dakwa hilang ingatan kerana mabuk » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Ketua Hakim Mongolia disiasat berkaitan serangan seksual dakwa hilang ingatan kerana mabuk

Estimate Reading Time: 2 minutes

INCHEON- Seorang pegawai atasan Mongolia yang didakwa meraba punggung seorang pramugari syarikat penerbangan Korea Selatan minggu lepas telah mengubah pengakuan asalnya yang sebelum ini menafikan perkara itu dalam sesi soal siasat terbaru, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan polis pada Khamis.

-Advertisement-

Dorj Odbayar, pengerusi Mahkamah Perlembagaan Mongolia, didakwa telah menyentuh punggung seorang pramugari dan menakut-nakutkan seorang anggota kru rakyat Mongolia dalam penerbangan Korean Air dari Ulaanbaatar ke Incheon, yang terletak di barat Seoul, opada 31 Okt.

Semasa soal siasat oleh polis di lapangan terbang pada Jumaat, beliau telah menyangkal dakwaan itu dan berkata telah disalah anggap sebagai seorang lelaki Mongolia lain yang sebenarnya melakukan perbuatan tersebut.

Beliau telah meninggalkan negara itu sejurus selepas siasatan.

Odbayar kembali ke Korea Selatan pada Rabu dan telah ditahan untuk soal siasat kali kedua oleh Agensi Polis Metropolitan Incheon.

Odbayar memberi keterangan bahawa beliau tidak ingat apa yang berlaku kerana mabuk semasa kejadian, menurut polis Incheon.

“Jika mangsa membuat aduan sedemikian, (saya) mungkin berbuat demikian di bawah pengaruh alkohol,” kata Odbayar semasa disoal siasat selama sembilan jam. Beliau telah dibebaskan pada tengah malam.

Beliau telah merancang untuk berlepas ke Mongolia dalam tempoh dua hari namun pihak berkuasa telah melarangnya meninggalkan negara itu selama 10 hari sementara menunggu siasatan.

Polis turut meminta Interpol memasukkan nama seorang pegawai Mongolia yang mengiringinya dalam senarai individu yang dikehendaki kerana didakwa mencabul pramugari lain, termasuk memeluk mangsa.

-Advertisement-

Odbayar ketika itu dalam perjalanan ke Bali, Indonesia untuk menghadiri satu mesyuarat lembaga Persatuan Mahkamah-Mahkamah Perlembagaan Asia dan Institusi-Institusi Setaraf.

Kedua-dua lelaki diberkas petugas keselamatan di atas pesawat dan diserahkan kepada polis di lapangan terbang. Bagaimanapun merekat telah dibebaskan selepas mendakwa memiliki imuniti diplomatik.

Polis kemudian mendapati dakwaan imuniti mereka adalah tidak wajar selepas berunding dengan kementerian luar.

Odbayar telah disoal siasat dalam zon keselamatan lapangan terbang selama sejam setengah pada hari berikutnya sebelum dibebaskan untuk berlepas ke Bali.

Polis bagaimanapun gagal menyoal siasat rakannya kerana beliau telah berlepas ke Singapura.

Sebelum Odbayar kembali ke Incheon dalam perjalanan ke negara asalnya, polis Incheon telah memperoleh waran mahkamah untuk menahannya selama dua hari.

Agensi itu berkata mereka turut memperoleh waran yang sama terhadap rakan Odbayar dan kini merujuk pelannya untuk memanggil lelaki tersebut kepada Kedutaan Mongolia di Seoul.- BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC