BTS kumpulan K-pop pertama duduki Billboard 200 selama setahun

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEOUL- BTS menjadi artis Korea Selatan pertama menduduki carta Billboard 200 selama setahun, mencatatkan satu lagi rekod dalam kerjaya mereka yang dipenuhi pelbagai kisah kejayaan.

-Advertisement-

Album kumpulan itu “Love Yourself: Answer” memasuki semula carta Billboard 200 di nombor 165 pada Isnin, lapor agensi berita Yonhap.

Menurut Billboard, album itu telah berada dalam carta selama 52 minggu, menjadikan ia album K-pop pertama dalam Billboard 200 bagi setahun penuh.

Memetik Nielsen Music, Billboard berkata album itu telah terjual sebanyak 1.1 juta unit, menjadikan ia layak untuk persijilan platinum.

-Advertisement-

BTS memiliki album lain di Billboard 200 minggu ini.

EP terbarunya, “Map of the Soul: Persona” berada di No 149 selepas berada selama 25 minggu dalam carta itu.- BERNAMA