GUA MUSANG: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mendaftar kira-kira 20 peratus lagi daripada lebih 10,000 Orang Asli untuk menerima vaksin COVID-19.
-Advertisement-
Timbalan Pengarah JAKOA Kelantan/Terengganu, Roslina Bun, berkata penduduk yang tinggal jauh di pedalaman menerima suntikan tunggal tidak lama lagi, iaitu vaksin keluaran CansinoBio.
Beliau berkata, proses mendaftar Orang Asli dilakukan dengan kerjasama pemimpin mereka.
-Advertisement-
“Mereka belum mendaftar kerana terpengaruh dengan cerita antivaksin tetapi JAKOA sudah menyuntik kira-kira 80 peratus Orang Asli,” katanya di sini, hari ini.
Roslina berkata, kebanyakan yang sudah menerima suntikan tinggal sekitar Kampung Kuala Betis dan Pos Brooke.-BH