WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (2297) ORDER BY meta_id ASC

KL Vampires, genre baharu filem tempatan » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

KL Vampires, genre baharu filem tempatan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 12 Nov (The Capital Post) Cubaan seorang pengarah berbakat anak tempatan, Daven R telah membuahkan hasil apabila sebuah karya unik yang membawa genre aksi dan fantasi terbitan beliau berjaya dikeluarkan setelah hampir dua tahun tempoh pembikinan.

-Advertisement-

KL Vampires, filem terbitan Cinemaya Studios berjaya menjadi buah mulut penonton pada malam Gala 7 November yang diadakan di MM Cineplexes, E-Curve Damansara, di mana ia menampilkan barisan pelakon hebat dan terkenal tanahair seperti Raja Ilya, Reen Rahim, Aeril Zafrel, Josiah Hogan, Saiful Apek, Yuzznor dan ramai lagi.

Tambahan lagi, filem ini juga merupakan hasil kerjasama antara dua negara, iaitu Malaysia dan Indonesia dengan  penglibatan pelakon hebat Indonesia seperti Donny Alamsyah, Ismi Melinda dan Cecep Arif Rahman. Cecep Arif merupakan salah satu artis Indonesia yang berjaya menempah nama di pentas bertaraf dunia apabila muncul di dalam filem antarabangsa seperti “Star Wars: The Force Awakens” dan “John Wick Chapter 3- Parabellum”. Pelakon-pelakon terkemuka dari Indonesia ini dapat menambahkan lagi kekuatan filem KL Vampires.

-Advertisement-

Bukan itu sahaja, KL Vampires juga tampil membawa keunikan tersendiri apabila konsep ‘Vampires’ dari lagenda Hikayat Raja Bersiong digunapakai. Terdapat dua filem yang diilham dari Hikayat Raja Bersiong iaitu Raja Bersiong, masing masing diterbitkan pada tahun 1963 dan 1968 di Malaysia. Selepas hampir 50 tahun, KL Vampires merupakan filem pertama berkonsepkan ‘Vampires’ atau Hikayat Raja Bersiong selepas filem Raja Bersiong 1963 dan 1968 tersebut.

Malam gala filem KL Vampire turut dihadiri tokoh-tokoh industri perfileman tanahair seperti Datuk Dr. ACP (K) Md. Yusof bin Md. Haslam, Ahmad Idham, dan ramai lagi. Filem KL Vampires bakal menemui penonton di pawagam pada 14 November ini. – The Capital Post

 

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC