Korea Utara dakwa sekatan antarabangsa punca gagal lunas sumbangan PBB

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEOUL- Korea Utara mendakwa sekatan antarabangsa menyebabkan pihaknya gagal melunaskan sumbangan kepada dana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mendesak Amerika Syarikat (AS) untuk menarik balik sekatan itu, lapor agensi berita Yonhap.

-Advertisement-

Dalam satu mesyuarat pada Februari, wakil Korea Utara berkata negaranya sanggup melunaskan sumbangan “secara penuh dan tepat pada waktunya,” tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana saluran perbankan ditutup akibat disekat.

Pada 2017, Majlis Keselamatan PBB membekukan aset Korea Utara di Bank Perdagangan Luar Negaranya – sebuah bank utama milik negara yang berkhidmat sebagai bank pertukaran asing – untuk melancarkan ujian terhadap peluru berpandu balistik antara benua. Pada 2013, AS juga meletakkan bank itu di bawah senarai sekatan.

-Advertisement-

“Justeru, beliau meminta sekali negara tuan rumah mengambil langkah positif selaras dengan pernyataan bersama Singapura mengenai Bank Perdagangan Luar Negeri Korea untuk menghantar sumbangannya kepada PBB,” kata laporan jawatankuasa yang dikemukakan untuk sesi Perhimpunan Agung PBB ke-74.

AS menempelak Korea Utara dengan mengatakan Pyongyang mempunyai akaun di Kesatuan Kredit Persekutuan PBB yang mana Korea Utara boleh melunaskan pembayaran.- BERNAMA