WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (369) ORDER BY meta_id ASC

KP Majlis Keselamatan Negara meninggal dunia - KSN » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

KP Majlis Keselamatan Negara meninggal dunia – KSN

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR- Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Engku Hamzah Tuan Mat meninggal dunia petang tadi, pada usia 60 tahun.

-Advertisement-

Perkara itu disahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ismail Bakar menerusi laman Twitter rasminya.

“Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh menerusi twitternya turut mengucapkan takziah atas kepergian Allahyarham.

-Advertisement-

“Saya doakan semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman. Semoga pemergian ini menjadi peringatan kepada yang masih hidup,” katanya.

Jenazah Allahyarham kini berada di Hospital Serdang untuk proses dokumentasi sebelum dibawa pulang ke rumahnya di No 32, Jalan Ramal Suria 2, Taman Ramal Suria, Sungai Ramal, Kajang dekat sini.

Jenazah Allahyarham dijangka disolatkan di Surau Al-Falah, Sungai Ramal Dalam pagi esok dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal. -Bernama

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC